Pages

Thursday, February 9, 2012

Mesyuarat Guru & AJK (3/2012)

Mesyuarat Guru & AJK kali ke-3 2012 pada 9 Februari 2012. Mesyuarat fokus kepada program Ramah Mesra PASTI An-Nur bersama ibubapa yang akan diadakan pada 19 Februari 2012.

Thursday, January 19, 2012

Mesyuarat Guru & AJK (2/2012)

Mesyuarat ke-2, tahun 2012 pada 19 Januari 2012. Menyemak perkembangan pendaftaran pelajar dan beberapa perkara berkenan fasili pembelajaran pelajar.

Thursday, January 12, 2012

Majlis Makan Malam Guru & AJK PASTI

Makan Malam di Restoran RASTA, TTDI pada 12 Januari 2012 untuk menghargai jasa dan pengorbanan para guru dan AJK PASTI yang telah memastikan PASTI An-Nur terus maju dalam mendidik anak-anak di Damansara Damai.

Sunday, January 8, 2012

Mesyuarat AJK PASTI Kawasan Subang (1/2012)

Mesyuarat AJK PASTI Subang  (1/2012)
Mesyuarat AJK PASTI Kawasan Subang diadakan pada 8 Januari 2012, di PASTI Little Mukmin, Seksyen 8 Kota Damansara. Mesyuarat ini dihadiri oleh  pengurus-pengurus PASTI cawangan dan wakil daripada Majlis Guru PASTI Subang. PASTI An-Nur, ia diwakili oleh Sdr. Mohd Zulkifli Shafie.

PASTI An-Nur Damansara Damai adalah di bawah penyeliaan Jawatankuasa PASTI Subang untuk memastikan ianya memenuhi standard yang ditetapkan oleh PASTI Malaysia.

Friday, January 6, 2012

Mesyuarat Guru & AJK (1/2012)

Mesyuarat pertama sessi baru pada 5 Januari 2012. Menilai status pendaftaran pelajar dan beberapa solusi untuk meningkatkan keselesaan proses pengajaran dan pembelajaran.

Sunday, January 1, 2012

Pendaftaran Pelajar 2012


Pendaftaran pelajar 2012 setakat hari ini (1 Januari 2012) ialah seperti berikut:

Kelas Pagi

6 tahun - 20 pelajar (penuh)

5 tahun - 29 pelajar (penuh)

4 tahun - 7 pelajar

Kelas Petang

6 tahun - 9 pelajar (ada lagi 8 kekosongan)

5 tahun - 8 pelajar (ada lagi 4 kekosongan)

Kepada ibubapa yang ingin mendaftarkan anak-anak belajar di PASTI An-Nur Damansara Damai, sila buat pendaftaran segera. Pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja penuh. Untuk pendaftaran, sila hubungi Cikgu Zamlia (013-3089 762). Pendaftaran dikira confirm apabila PASTI menerima borang pendaftaran bersama wang deposit RM50.

HARI PENDAFTARAN

Hari pendaftaran telah ditetapkan pada Selasa, 3 Januari 2012. Para ibubapa boleh datang membayar yuran dan mengambil buku, pakaian dan peralatan pembelajaran. Sessi kelas pengajian akan bermula pada Rabu, 4 Januari 2012.

Bagi para ibubapa yang mempunyai kekangan waktu untuk pendaftaran, boleh buat temu janji dengan guru diwaktu yang bersesuaian.

Saturday, December 31, 2011

Gotong Royong Disember 2012

Membina laluan pejalan kaki untuk pastikan keselesaan pelajar dan ibubapa melangkah ke premis PASTI.

Sukarelawan dari kalangan ahli jemaah Surau Apartment Idaman dan PAS Cawangan Damansara Damai.

Bahagian luar yang baru dicat. Lukisan mural akan dilukis semula pada pertengahan Januari 2012 untuk membina imej baru PASTI An-Nur.

Mengalihkan sign-board ke tempat yang lebih strategik.

Kerja-kerja mencabut sign-board untuk dialihkan.

Kerja-kerja mencabut sign-board.

Sunday, December 25, 2011

Wajah Baru Premis PASTI 2012

Wajah baru, persediaan sessi pengajian 2012. Dari sudut selenggaraan, premis akan dicat semula setiap kali memulakan sessi persekolahan baru untuk memberikan mood baru untuk para pelajar.

Thursday, November 17, 2011

Majlis Ihtifal, Penutup 2011

 Majlis Ihtifal berlangsung pada 17 November 2011 di Masjid Manjalara.

 Persembahan yang sungguh bersemangat dari anak-anak PASTI.

 Komitmen ibubapa memberi sokongan kepada anak-anak.

 Perasmian oleh Sdr. Izwan Rashid, Ketua Pemuda PAS Kawasan Subang.

 Riang ceria, adik-beradik pelajar PASTI yang turun bagi sokongan.

 Ucapan aluan daripada Sdr. Mohd Zulkifli Shafie, Pengurus PASTI An-Nur.

Adik Amal Hayati, anak Pengurus yang juga pelajar kelas 5 tahun sessi 2011.

Saturday, November 12, 2011

Lawatan Ke Planetarium dan Muzium Kesenian Islam

 Bertolak dari Damansara Damai dengan dua buah van.

 Di Agensi Angkasa, Planetarium Negara.

 Breakfast dulu di taman Planetarium Negara.

 Galeri pemeran Planetarium.

 Model kapsul Soyuz dinaiki angkasawan negara antara bahan pameran.

 Galeri lukisan kanak-kanak.

 Tayangan video angkasa lepas di auditorium.

 Berkumpul untuk sessi taklimat di Muzium Kesenian Islam.

 Melihat model-model masjid seluruh dunia di galeri pameran.

 Kelambu kaabah asal antara arkib pameran.

 Penerangan tentang arkib pameran oleh kakitangan muzium.

 Melihat manuskrip Al-Quran yang ditulis di atas kulit.

 Muzium Kesenian Islam Malaysia, bersebelahan Masjid Negara.

 MKIM dipulih sebagai alternatif Taman Rama-rama, disebabkan cuaca hujan.

 Makan tengahari di taman permainan, Taman Tasik Perdana.

 Makan sambil santai di playground.

 Ceria dan selera anak-anak PASTI.

 Bermain setelah nikmati makan tengahari.

Sessi makan aiskrim sambil santai. Happy betul anak-anak PASTI.

Monday, October 31, 2011

Mesyuarat Guru & AJK - Oktober 2011

Mesyuarat bulanan antara guru dan ahli jawatankuasa.

Progress PASTI dari sudut pembelajaran dan operasi sentiasa dipantau.

Komitmen para ahli jawatankuasa yang bekerja secara sukarela menjadikan PASTI An-Nur sentiasa maju ke hadapan, alhamdulillah.

Komitmen para guru yang ikhlas mendatang keberkatan dari Allah dalam mendidik anak-anak PASTI.

Friday, June 17, 2011

Hari Terbuka - Jun 2011

Hari Terbuka 17 Jun 2011. Ibu bapa mengambil Report Card dan berjumpa guru.

Peluang untuk ibubapa berbincang dengan guru tentang perkembangan pembelajaran anak-anak.

Friday, March 25, 2011

Ceramah Perdana Mac 2011

CERAMAH PERDANA
Surau Apartment Idaman, Damansara Damai
Tajuk:
Suami Idaman, Isteri Impian, Rumahtangga Harmoni
Penceramah:
Ustaz Sapidin Amran
Tarikh:
27 Mac 2011 (Ahad)
9.00 malam
Tempat:
Perkarangan Surau Khalifah Umar Abdul Aziz
Apartment Idaman, Damansara Damai

Tuesday, January 25, 2011

Cuti Tahun Baru Cina 2011


Assalamualaikum w.b.t.
Untuk makluman para ibubapa, seluruh PASTI Negeri Selangor akan bercuti pada 2, 3, dan 4 Februari 2011 (Rabu, Khamis dan Jumaat) sempena Tahun Baru Cina. Sila rujuk surat di atas yang dikeluarkan oleh PASTI Negeri Selangor.
Pihak PASTI An-Nur mengucapkan selamat bercuti, dan manfaatkan masa cuti dengan baik-baiknya bersama anak-anak anda dan keluarga, insyaAllah.
Wassalamualaikum.
Mohd Zulkifli Shafie
Pengurus
PASTI An-Nur Damansara Damai
25 Januari 2011
21 Safar 1432

Wednesday, January 19, 2011

Cuti Thaipusam 2011


Merujuk kepada perkara di atas, PASTI An-Nur akan bercuti pada 20 Januari 2011 (Khamis). Sessi persekolahan akan bermula seperti biasa pada hari Jumaat, 21 Januari 2011. Segala informasi yang melibatkan cuti persekolahan adalah mengikut arahan PASTI Pusat.

Kerjasama semua pihak kami ucapkan terima kasih.

"PASTI Gemilang, Islam Terbilang"

Yang menjalankan tugas

t.t.
Zamlia bt. Sawon
Guru Penyelaras

Friday, January 7, 2011

Gotong Royong Januari 2011


Hasil mesyuarat pengurusan bersama guru malam tadi (Jumaat, 7 Januari 2011, 8.30 mlm), gotong royong khas akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 9 Januari 2011 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Premis PASTI An-Nur Damansara Damai

Aktiviti gotong-royong bertujuan:
  1. Menyediakan kelas khas 4 tahun - memindahkan barang-barang dalam bilik stor ke markaz PAS Cawangan, dan memindahkan pejabat ke bilik stor.
  2. Memasang rak untuk buku dan rak alatan pelajar.
Semua sukarelawan (ajk, guru, ibubapa, ahli PAS cawangan) dijemput hadir untuk sama-sama bergotong royong demi keselesaan pembelajaran anak-anak di PASTI.

Wassalamu 'alaikum.

Zulkifli
Pengurus PASTI An-Nur
8 Januari 2011