Pages

Friday, December 31, 2010

Persiapan Terakhir Untuk 2011

Hasil ketekunan & kreativiti guru. Premis PASTI bertambah ceria.

Premis PASTI An-Nur bersedia menyambut pelajar sessi 2011.

Saturday, December 25, 2010

Tahun Baru, Wajah Baru

Rutin tahunan. PASTI An-Nur akan berwajah baru setiap tahun. Premis sedang di cat dan dibuat penambahbaikan untuk persediaan tahun 2011 seminggu lagi.

Monday, December 20, 2010

Hari Pendaftaran 3 Januari 2011 (Isnin)

Untuk makluman para ibubapa, hari pendaftaran PASTI An-Nur Damansara Damai adalah pada 3 Januari 2011 (Isnin). Ibubapa yang telah membayar deposit pendaftaran perlu menyelesaikan perkara berikut:
(1) Gambar berukuran passport - 2 keping
(2) Salinan surat beranak
(3) Yuran Pendaftaran, Yuran Bulan Januari & November - RM430.
Untuk memudahkan para ibubapa, pembayaran dan penyerahan dokumen di atas boleh dibuat sebelum 3 Januari 2011.
Kelas pembelajaran akan bermula pada 4 Januari 2011 (Selasa).
Uniform & Buku Sekolah: Uniform sekolah, buku teks & buku latihan bagi seluruh PASTI Negeri Selangor hanya akan dapat pada pertengahan Januari. Sementara mendapat buku, PASTI Negeri Selangor telah merangka Program Khas untuk para pelajar PASTI.

Friday, December 17, 2010

Status Pendaftaran 2011 (17 Disember 2010)


Pendaftaran pelajar 2011 setakat hari ini (17 Disember 2010) ialah seperti berikut:

Kelas Pagi
6 tahun - 10 pelajar (penuh)
5 tahun - 17 pelajar (penuh)

Kelas Petang
6 tahun - 7 pelajar (ada lagi 3 kekosongan)
5 tahun - 11 pelajar (ada lagi 6 kekosongan)

Kepada ibubapa yang ingin mendaftarkan anak-anak belajar di PASTI An-Nur Damansara Damai, sila buat pendaftaran segera. Pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja penuh.

Untuk pendaftaran, sila hubungi Cikgu Zamlia (013-3089 762). Pendaftaran dikira confirm apabila PASTI menerima borang pendaftaran bersama wang deposit RM50.

Saturday, November 6, 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010

Sangat menarik. Persembahan pelajar.

Ucapan perasmian dan penyampaian hadiah oleh Ustaz Ridzuan Ismail, Ketua Pemuda PAS Kawasan Subang.

Anak-anak cemerlang semuanya. Terima kasih atas didikan guru dan sokongan para ibubapa.

Friday, August 20, 2010

Pendaftaran Pelajar 2011


Pihak Pengurusan telah membuat semakan Yuran Kemasukan PASTI An-Nur bagi tahun 2011. Yuran Bulanan yang bagi tahun 2011 ialah RM85.
Para ibubapa boleh dapatkan Borang Pendaftaran 2011 di premis PASTI pada waktu persekolahan mulai 24 Ogos 2010.
Dua Sessi Persekolahan
Untuk memenuhi permintaan yang tinggi, PASTI An-Nur akan meneruskan dua sessi persekolahan pada tahun 2011. Walaubagaimanapun, pengambilan pelajar sessi 2011 terhad kepada 60 pelajar sahaja. 30 pelajar sessi pagi, dan 30 pelajar sessi petang.
Para ibubapa dinasihatkan membuat pendaftaran untuk memastikan anak-anak tuan puan mendapat tempat untuk sessi 2011. Sila dapatkan dan serahkan borang pendaftaran berserta yuran deposit RM50 secepat mungkin.

Sunday, May 9, 2010

Wakil An-Nur Ke Sukan PASTI Negeri Selangor

Tiga pelajar An-Nur terpilih untuk mewakili PASTI Kawasan Subang dalam acara Bola Sepak Mini ke Sukan Negeri Selangor.

Seorang pelajar An-Nur mewakili dalam acara Bola Jaring Mini.

Meriah...

Empat pelajar PASTI An-Nur terpilih untuk mewakili PASTI Kawasan Subang ke peringkat Negeri Selangor. Sila klik foto di atas untuk mengikuti catatan peribadi Pengurus PASTI An-Nur 2010.

Saturday, May 8, 2010

Sukan PASTI An-Nur 2010

Sila klik foto di atas untuk mengikuti catatan Sukan PASTI An-Nur 2010 di blog peribadi Pengurus PASTI An-Nur 2010.

Sunday, April 11, 2010

Sukan PASTI Kawasan Subang 2010

Bola Jaring Mini - PASTI An-Nur tempat ke-2.

Bola Sepak Mini - PASTI An-Nur Johan.

Tahniah pada anak-anak PASTI An-Nur, guru-guru yang gigih membuat persiapan dan para ibubapa yang memberi sokongan padu untuk kejayaan PASTI An-Nur.

Wednesday, March 31, 2010

Persediaan Sukan PASTI Kawasan Subang 2010

Latihan persediaan ke Sukan Mini Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Kawasan Subang.