Pages

Tuesday, January 25, 2011

Cuti Tahun Baru Cina 2011


Assalamualaikum w.b.t.
Untuk makluman para ibubapa, seluruh PASTI Negeri Selangor akan bercuti pada 2, 3, dan 4 Februari 2011 (Rabu, Khamis dan Jumaat) sempena Tahun Baru Cina. Sila rujuk surat di atas yang dikeluarkan oleh PASTI Negeri Selangor.
Pihak PASTI An-Nur mengucapkan selamat bercuti, dan manfaatkan masa cuti dengan baik-baiknya bersama anak-anak anda dan keluarga, insyaAllah.
Wassalamualaikum.
Mohd Zulkifli Shafie
Pengurus
PASTI An-Nur Damansara Damai
25 Januari 2011
21 Safar 1432

Wednesday, January 19, 2011

Cuti Thaipusam 2011


Merujuk kepada perkara di atas, PASTI An-Nur akan bercuti pada 20 Januari 2011 (Khamis). Sessi persekolahan akan bermula seperti biasa pada hari Jumaat, 21 Januari 2011. Segala informasi yang melibatkan cuti persekolahan adalah mengikut arahan PASTI Pusat.

Kerjasama semua pihak kami ucapkan terima kasih.

"PASTI Gemilang, Islam Terbilang"

Yang menjalankan tugas

t.t.
Zamlia bt. Sawon
Guru Penyelaras

Friday, January 7, 2011

Gotong Royong Januari 2011


Hasil mesyuarat pengurusan bersama guru malam tadi (Jumaat, 7 Januari 2011, 8.30 mlm), gotong royong khas akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 9 Januari 2011 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Premis PASTI An-Nur Damansara Damai

Aktiviti gotong-royong bertujuan:
  1. Menyediakan kelas khas 4 tahun - memindahkan barang-barang dalam bilik stor ke markaz PAS Cawangan, dan memindahkan pejabat ke bilik stor.
  2. Memasang rak untuk buku dan rak alatan pelajar.
Semua sukarelawan (ajk, guru, ibubapa, ahli PAS cawangan) dijemput hadir untuk sama-sama bergotong royong demi keselesaan pembelajaran anak-anak di PASTI.

Wassalamu 'alaikum.

Zulkifli
Pengurus PASTI An-Nur
8 Januari 2011

Wednesday, January 5, 2011

Hari Pendaftaran 2011

Sekitar hari pendaftaran pada 3 Januari 2011. Pendaftaran berjalan dengan lancar. Seramai 55 pelajar membuat pengesahan pendaftaran.