Pages

Friday, December 31, 2010

Persiapan Terakhir Untuk 2011

Hasil ketekunan & kreativiti guru. Premis PASTI bertambah ceria.

Premis PASTI An-Nur bersedia menyambut pelajar sessi 2011.

Saturday, December 25, 2010

Tahun Baru, Wajah Baru

Rutin tahunan. PASTI An-Nur akan berwajah baru setiap tahun. Premis sedang di cat dan dibuat penambahbaikan untuk persediaan tahun 2011 seminggu lagi.

Monday, December 20, 2010

Hari Pendaftaran 3 Januari 2011 (Isnin)

Untuk makluman para ibubapa, hari pendaftaran PASTI An-Nur Damansara Damai adalah pada 3 Januari 2011 (Isnin). Ibubapa yang telah membayar deposit pendaftaran perlu menyelesaikan perkara berikut:
(1) Gambar berukuran passport - 2 keping
(2) Salinan surat beranak
(3) Yuran Pendaftaran, Yuran Bulan Januari & November - RM430.
Untuk memudahkan para ibubapa, pembayaran dan penyerahan dokumen di atas boleh dibuat sebelum 3 Januari 2011.
Kelas pembelajaran akan bermula pada 4 Januari 2011 (Selasa).
Uniform & Buku Sekolah: Uniform sekolah, buku teks & buku latihan bagi seluruh PASTI Negeri Selangor hanya akan dapat pada pertengahan Januari. Sementara mendapat buku, PASTI Negeri Selangor telah merangka Program Khas untuk para pelajar PASTI.

Friday, December 17, 2010

Status Pendaftaran 2011 (17 Disember 2010)


Pendaftaran pelajar 2011 setakat hari ini (17 Disember 2010) ialah seperti berikut:

Kelas Pagi
6 tahun - 10 pelajar (penuh)
5 tahun - 17 pelajar (penuh)

Kelas Petang
6 tahun - 7 pelajar (ada lagi 3 kekosongan)
5 tahun - 11 pelajar (ada lagi 6 kekosongan)

Kepada ibubapa yang ingin mendaftarkan anak-anak belajar di PASTI An-Nur Damansara Damai, sila buat pendaftaran segera. Pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja penuh.

Untuk pendaftaran, sila hubungi Cikgu Zamlia (013-3089 762). Pendaftaran dikira confirm apabila PASTI menerima borang pendaftaran bersama wang deposit RM50.