Pages

Thursday, January 19, 2012

Mesyuarat Guru & AJK (2/2012)

Mesyuarat ke-2, tahun 2012 pada 19 Januari 2012. Menyemak perkembangan pendaftaran pelajar dan beberapa perkara berkenan fasili pembelajaran pelajar.

Thursday, January 12, 2012

Majlis Makan Malam Guru & AJK PASTI

Makan Malam di Restoran RASTA, TTDI pada 12 Januari 2012 untuk menghargai jasa dan pengorbanan para guru dan AJK PASTI yang telah memastikan PASTI An-Nur terus maju dalam mendidik anak-anak di Damansara Damai.

Sunday, January 8, 2012

Mesyuarat AJK PASTI Kawasan Subang (1/2012)

Mesyuarat AJK PASTI Subang  (1/2012)
Mesyuarat AJK PASTI Kawasan Subang diadakan pada 8 Januari 2012, di PASTI Little Mukmin, Seksyen 8 Kota Damansara. Mesyuarat ini dihadiri oleh  pengurus-pengurus PASTI cawangan dan wakil daripada Majlis Guru PASTI Subang. PASTI An-Nur, ia diwakili oleh Sdr. Mohd Zulkifli Shafie.

PASTI An-Nur Damansara Damai adalah di bawah penyeliaan Jawatankuasa PASTI Subang untuk memastikan ianya memenuhi standard yang ditetapkan oleh PASTI Malaysia.

Friday, January 6, 2012

Mesyuarat Guru & AJK (1/2012)

Mesyuarat pertama sessi baru pada 5 Januari 2012. Menilai status pendaftaran pelajar dan beberapa solusi untuk meningkatkan keselesaan proses pengajaran dan pembelajaran.

Sunday, January 1, 2012

Pendaftaran Pelajar 2012


Pendaftaran pelajar 2012 setakat hari ini (1 Januari 2012) ialah seperti berikut:

Kelas Pagi

6 tahun - 20 pelajar (penuh)

5 tahun - 29 pelajar (penuh)

4 tahun - 7 pelajar

Kelas Petang

6 tahun - 9 pelajar (ada lagi 8 kekosongan)

5 tahun - 8 pelajar (ada lagi 4 kekosongan)

Kepada ibubapa yang ingin mendaftarkan anak-anak belajar di PASTI An-Nur Damansara Damai, sila buat pendaftaran segera. Pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja penuh. Untuk pendaftaran, sila hubungi Cikgu Zamlia (013-3089 762). Pendaftaran dikira confirm apabila PASTI menerima borang pendaftaran bersama wang deposit RM50.

HARI PENDAFTARAN

Hari pendaftaran telah ditetapkan pada Selasa, 3 Januari 2012. Para ibubapa boleh datang membayar yuran dan mengambil buku, pakaian dan peralatan pembelajaran. Sessi kelas pengajian akan bermula pada Rabu, 4 Januari 2012.

Bagi para ibubapa yang mempunyai kekangan waktu untuk pendaftaran, boleh buat temu janji dengan guru diwaktu yang bersesuaian.