Pages

Tuesday, May 5, 2009

Info PASTI Selangor - Mei 2009

Makluman daripada PASTI Negeri (3/5/09 – Dewan Bistari Shah Alam) untuk perhatian dan tindakan Pengurusan dan Guru PASTI.

UNTUK PERHATIAN AJK

  1. Sukan PASTI Negeri Selangor ditangguhkan dari 3 Mei 2009 kepada 31 Mei 2009. Sila sediakan senarai Pemain (En. Saharudin / En. Zul An Nur – Bola Sepak dan Cikgu Ana Humairah Bola Jaring). Setiap Kawasan dikenakan RM400. Walaupun pada tarikh tersebut ada pilihanraya kecil tetapi telah mendapat perkenan dan kelulusan Jawatankuasa PASTI Pusat untuk meneruskan sukan tersebut.
  2. Sukan PASTI Pusat akan diadakan pada 19 – 20 Jun 2009. PASTI Kawasan Subang dijangka terlibat dalam urusan pengurusan dan penyediaan tempat Sukan. Maklumat lanjut akan dimaklum kemudian.
  3. Buku teks 5 tahun sudah ada stok. Sila maklumkan jumlah yang diperlukan.
  4. Setiap Cawangan diminta menghantar 2 keluarga pelajar ke Muktamar PAS Pusat pada 6/6/09 untuk aktiviti yang akan diadakan di sana. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
  5. PASTI Kawasan diminta selesaikan hutang di peringkat Negeri selewatnya pada 31 Mei 2009.

UNTUK PERHATIAN GURU

  1. Hari Guru PASTI Selangor akan diadakan pada 23 Mei 2009. Cadangan tempat di Taman Kesenian Islam Shah Alam (Bersebelahan Masjid Negeri Selangor). Kawasan Subang dan Kapar terlibat secara langsung untuk persediaan hari tersebut. Tugasan akan dimaklumkan pada mesyuarat AJK PASTI Kawasan 10/5/09.
  2. Kursus Asas Guru (Buku Log Ke-2) pada 10 – 12 Julai 2009. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
  3. Buku Perancangan Mengajar 5 Tahun tidak dibenarkan dibawa balik ke rumah. Sila baca di PASTI masing-masing.
  4. Setiap Kawasan dikehendaki adakan Bengkel Perhimpunan Pagi Peringkat Kawasan pada 9 Mei 2009. Ketua MGP dan Penaziran sila ambil perhatian.
  5. Guru PASTI mesti pakai Tag Nama Guru. Sila beri gambar kepada ketua MGP kawasan untuk urusan tersebut.
  6. Peperiksaan Pertengahan Tahun:
    i) Peperiksaan bertulis : 18 – 22 Mei 09
    ii) Ujian Lisan : 11 – 14 Mei 09 dan 25 – 28 Mei 09

    Pengambilan kertas soalan akan dimaklumkan kemudian. Satu kertas soalan diperuntukkan satu jam. Sebelum dan selepas rehat. Sehari hanya 2 kertas soalan boleh diedarkan.
- Zukifli, 5 Mei 2009

No comments: